PENERANGAN TENTANG PERBEZAAN PEMBANGUNAN SEBELUM MERDEKA SEHINGGA KINI - BY ARL GROUP - PENSYARAH PUAN NATRAH BINTI MAT NOOR

PENGENALAN :

Pada hari ini rakyat Malaysia secara aman dan harmoni dan situasi ini berkait rapat dengan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan.Pembangunan merupakan usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju.Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial dan juga pendidikan.Keistimewaan dasar-dasar pembangunan negara ini adalah kerana semuanya dapat mengimbangkan amalan ekonomi bebas  dan campur tangan kerajaan.Dengan itu,kita dapat lihat perbezaan pembangunan negara sebelum merdeka sehingga kini.




EKONOMI


Pembangunan ekonomi negara sebalum merdeka terdapat masyarakat Melayu pada ketika itu menetap di kawasan pendalaman.Mereka lebih ramai menetap berhampiran dengan laut atau pinggir sungai.Oleh itu,mereka dapat menjalankan aktivitti penanaman padi dan perikanan sebagai cara mudah untuk menyerah diri.Teknik penanaman padi basah telah diperkenalkan oleh siam bagi mengantikan teknik kaedah ladang pada abad ke-15.Selain itu,mereka juga menjalankan aktiviti penangkapan ikan untuk memenuhi keperluan keluarga.Jika terdapat lebihan tangkapan ,mereka akan melakukan aktiviti pertukaran barang yang dikenali sebagai sistem barter khususnya beras.Hasil laut seperti mutiara dan agar-agar dijadikan hiasan di rumah.Disamping itu juga,masyarakat Melayu juga melakukan aktiviti menternak binatang seperti ayam,lembu,kerbau dan itik.Penanaman buah-buahan seperti pisang,tebu,ubi kayu kelapa dan pinang juga dilakukan oleh mereka.Tambahan pula,aktiviti perlombongan biji timah juga menjadi sebahagian daripada aktiviti sara diri bagi masyarakat melayu secara kecil-kecilan.Seterusnya,aktiviti memungut hasil hutan seperti akar kayu,kayu barus,rotan dan lain-lain merupakan aktiviti masyarakat melayu pada ketika itu dan hasil lebihan itu juga dibuat pertukaran dengan pakain dan makanan.pada masa yang sama juga,untuk meneruskan ekonomi sara diri,mereka terpaksa masuk ke hutan untuk memburu binatang seperti rusa,kancil,seladang dan ayam hutan.Selain daripada itu,masyarakat melayu juga pandai membuat kraf tangan,alat senjata,peralatan membuat perahu dan juga mahir dalam menganyam tikar dan menenun kain.Hal ini menyebabkan mereka terkenal dengan pengeluaraan kain sarung,logam,ukiran kayu dan periuk belanga.

Pembangunan ekonomi negara selepas merdeka pada tahun (1957-1970) biji timah dan getah komoditi utama penyumbang 70% peningkatan eksport negara.Tambahan pula,kerjaan lebih memberi tumpuan kepada mengembangkan dan memodenkan pengeluaran pertanian serta menekankan pembangunan luar bandar.Pada tahun 1970 kayu balak dan minyak kelapa sawit muncul sebagai komoditi eksport terpenting.Selain itu,Dasar Ekonomi Baru(DEB) telah diperkenalkan pada tahun 1971-1990.DEB ini bertujuan untuk mengurangkan jurang status dan ekonomi kaum di Malaysia.Hal ini dapat mewujudkan perpaduan kaum justru maysarakat Malaysia dapat berganding bahu dalam membangunkan ekonomi negara.Pada tahun 1991 sehingga sekarang, kerajaan telah mengistiharkan wawasan 2020 bagi memastikan negara pada ketika itu berkembang maju.Disamping itu,terdapat beberapa pertubuhan telah tubuhkan seperti Permulaan Dasar Pembangunan Negara(DPN) atas gagasan DEB dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).Pertubuhan ini adalah untuk membantu wawasan 2020 mencapai matlamatnya.



SOSIAL
KAUM CHINA DISEKSA SEMASA PENJAJAHAN JEPUN
RAKYAT TANAH MELAYU DIPAKSA MEMBUAT LANDASAN KERETA API MAUT OLEH JEPUN

Sebelum negara merdeka,pembangunan sosial pada ketika itu sangat rendah dan hidup mengikut kaum kerana British telah mengasingkan penduduk Tanah Melayu katika itu mengikut pekerjaan mereka seperti Cina ditempatkan di kawasan bandar sebagai pelombong biji timah serta membuka kedai kerana mereka mempunyai modal.Sementara India pula ditempatkan di kawasan estet sebagai penoreh getah manakala kaum Melayu pula berada di kawasan pedalaman meneruskan ekonomi sara diri mereka.Semasa penjajahan Jepun pula,penduduk Tanah Melayu khususnya kaum Cina telah ditindas oleh Jepun.Manakala orang Melayu dan India pula menjadi buruh paksa membina jalan kereta api maut antara negeri Thailand dan Burma.

selepas negara merdeka,kerajaan telah memperkenalkan Dasar Sosial Negara (DSN) yang merupakan satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesapaduan dan kestabilan sosial,ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.Disamping itu,DSN bermatlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu,berdaya tahan,demokratik,bermoral,bertoleransi,progresif,penyayang,adil dan seksama selaras dengan matlamat wawasan 2020.Buktinya,masyarakat di negara Malaysia walaupun berbilang kaum dan agama,mereka dapat menjalinkan hubungan yang baik tanpa wujud sikap perkauman.Dengan itu,Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak membuat satu gagasan iaitu gagasan 1 Malaysia.Intipti gagasan ini ialah idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik,sub-etnik dan kebudayaan.



POLITIK
JOHN A.THIVY

TUN TAN CHEN LOCK




DATO' ONN JAAFAR
TUNKU ABDUL RAHMAN

Sebelum negara merdeka,struktur politik pada ketika itu ialah sistem feudal yang merupakan sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh bangsawan.Disamping itu,dalam sekularisasi budaya politik,sultan berkuasa penuh terhadap pemerintahan,ekonomi dan sosial.Tetapi selapas penjajahan British,peranan sultan terhakis.Selain daripada itu,rakyat pada ketika itu tidak diberi kuasa untuk melibatkan diri dalam pilihan raya.Ketika penjajahan British juga,lahirnya parti-parti politik seperti UMNO,MIC,MCA dan PAS. UMNO lahir daripada satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Melaya yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman selepas Dato' Onn Zaafar keluar dari parti UMNO pada tahun 1951.Parti ini bermatlamat menentang Malayan Union dan menyatupadukan orang melayu.Parti MIC pula ditubuhkan pada bulan ogos 1946 yang diketuai oleh John A.Thivy.Parti ini bertujuan untuk menyokong kemerdekaan di India tetapi tidak mendapat sambutan.Parti MCA ditubuhkan pada bulan febuary 1949 oleh British untuk menarik minat Cina daripada menyokong PKM dan Tun Tan Cheng Lock merupakan presiden pertama MCA.Parti ini bermatlamat unutuk melindungi hak dan kepentingan ekonomi,politik dan sosial kaum cina di Tanah Melayu.Disamping itu, PAS juga ditubuhkan pada november 1951 yang merupakan pertubuhan bercorak agama dan kebajikan islam yang ketuai oleh Haji Ahmad Fuad  bin Hassan.Secara keselurahannya,parti-parti ini hanya untuk mempertahankan dan mementingkan kaum mereka sahaja.Pada ketika itu juga,Tunku Abdul Rahman yang merupakan presiden UMNO telah berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu.
Dengan ini,Parti Perikatan telah ditubuhkan hasil gabungan antara parti UMNO,MIC dan MCA.Kaum Cina dan Kaum India ingin bergabung dengan orang Melayu kerana mereka mempunyai tujuan yang sama.Gabungan parti tersebut menggunakan lambang "kapal layar ".Parti tersebut pula berjaya memperoleh pemerintahan sendiri daripada Pihak British dan menjalankan pemerintahan demokrasi.

                                                                                                  

logo parti MIC
                                           



Selepas negara merdeka,struktur politiknya ialah sistem demokrasi berparlimen iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.Dalam sekularisasi budaya politik pula ialah Yang di-Pertuan Agong diangkat dari kalangan raja-raja Melayu sebagai ketua utama negara.Disamping itu juga,YDPA diletak hak oleh perlembagaan persekutuan dengan kuasa pelaksana atau kuasa eksekutif.Seterusnya,kerajaan telah membenarkan penglibatan rakyat dalam pemilihan wakil rakyat dalam pilihan raya.Dengan ini rakyat diberi peluang memilih pemimpin yang dikehendaki sekali gus supaya wakil rakyat bertanding dengan adil.
logo Parti Barisan Nasional
Selepas kemerdekaan juga,parti Perikatan yang terdiri daripada parti MIC,MCA dan UMNO telah bertukar kepada parti komponen yang didaftarkan atas nama Barisan Nasional.Parti Barisan Nasional ini merupakan sebuah parti politik yang terdiri daripada pelbagai kaum,agama,budaya serta bermatlamat yang kukuh.Hal ini menyebabkan politik negara tetap dalam keadaan yang stabil disebabkan kerjasama dalam pelbagai kaum.





PENDIDIKAN

Sebelum negara merdeka,pada peringkat pertama sistem pendidikan sebelum kedatangan British pendidikan pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak formal.Selepas kedatangan British,sekolah-sekolah yang didirikan adalah mengikut kaum iaitu sekolah melayu untuk kaum melayu manakala sekolah cina pula untuk kaum cina dan sekolah Tamil untuk kaum India.Disamping itu,sekolah inggeris adalah untuk sekolah anak-anak pegawai British.Selain daripada itu,bahasa penghantar juga berbeza kerana tiada keseragaman bahasa antara sekolah-sekolah ketika itu.Hal ini kerana sekolah melayu menggunakan bahasa melayu,sekolah cina menggunakan bahasa ibunda mereka begitu juga dengan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil.Sekolah pada ketika itu juga hanya terdapat di kawasan-kawasan tertentu sahaja seperti sekolah bagi kaum melayu hanya terdapat di kawasan perkampungan sahaja manakala bagi sekolah bagi kaum cina pula terdapat di pinggir bandar dan sekolah kaum India terdapat di kawasan ladang.Pada ketika itu juga sekolah sudah dibahagikan kedapa dua peringkat persekolahan iaitu pelajaran rendah dan pelajaran menengah.Namun begitu terdepat lebih banyak sekolah rendah berbanding sekolah menengah kerana sekolah menengah diwujudkan untuk kepentingan penjajah sahaja.

Selepas negara merdeka,sistem pendidikan di Malaysia mengalami perubahan selepas mencapai kemerdekaan terutamanya di sekitar tahun 1980-an.Berdasarkan laporan jawatankuasa kabinet yang mengkaji perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979).Rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah pada tahun 1983.Rancangan KBSR ini menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira.Di samping itu,ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.Pada tahun 1989,Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula diperkenalkan di semua sekolah menengah yang bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu daripada aspek sosial secara menyeluruh dan bersepadu dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berilmu ,berakhlak mulia serta berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan,kesejahteraan serta pembangunan negara.Tambahan pula,kerajaan juga telah melasanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira kaum,bangsa mahu pun agama supaya rakyat Malaysia dapat mewujudkan perpaduan kaum serta dapat menjalinkan hubungan yang baik sesama sendiri.Oleh itu,tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan pada ketika ini adalah untuk maelahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi.Penggunaan satu bahasa juga telah diterapkan sebagai bahasa penghantar disemua peringkat pendidikan untuk menyatupadukan seluruh rakyat.Selain daripada itu juga,sistem pendidikan sekarang ini juga mempunyai sistem peperikasaan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah,menengah dan menengah atas seperti yang tertulis dalam Laporan Rahman Talib(1960).Sistem pendidikan pada ketika ini juga memberikan penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir.Disamping itu,sistem pendidikan sekarang juga telah menekankan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.Mengikut Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975),kerajaan juga telah membaiki mutu pelajaran masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi.selain itu,kerajaan juga telah membaiki keupayaan penyelidikan,perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai tujuan rukun negara.Oleh itu juga,aspek-aspek tersebut telah menyumbang kepada perkembangan pembangunan pendidikan Malaysia yang kian maju.


KESIMPULAN :

Kesimpulannya,negara Malaysia telah menghadapi berbagai-bagai cabaran sebelum merdeka dan selepas merdeka dalam membangunkan sesebuah negara namun semuanya itu telah diselesaikan oleh tokoh-tokoh pejuang negara dengan cara berganding bahu antara satu sama lain walaupun berlainan bangsa dan agama.Disamping itu juga,kerajaan telah mengambila kira kesan jangka masa yang pendek terhadap sesuatu perlaksanaan dasar pembangunan.Semua dasar yang digubal bertujuan untuk membentuk sahsia peribadi rakyat Malaysia dan juga menjamin perpaduan sekali gus kehormatan rakyat.Oleh itu,sebagai rakyat Malaysia haruslah menghargai pengorbanan tokoh-tokoh negara dengan mempertahankan negara daripada dijajah oleh orang luar.Tambahan pula,belia perlu mendukung keazaman yang kuat yang membolehkan mereka menewaskan segala kesusahan yang dihadapi supaya negara dapat berkembang maju setanding dengan negara maju yang lain bak kata pepatah manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyungnya.


Sumber maklumat : - youtube ; - hubungan etnik ekonomi
                                                   - sejarah dan pendidikan di Malaysia
                                 - buku teks pengajian malaysia EDISI KELIMA yang ditulis oleh
                                    MARDIANA NORDIN dan HASNAH HUSSIIN
                                 - www.slideshare.com.net/mobile/shahrullasyikin/sistem-pendidikan-sebelum-
                                   merdeka
                                 - takusahrisau.wordpress.com
                                 - http://www.slideshare.net/mobile/FaTinGhaZmi/perkembangan-ekonomi-
                                   malaysia-sebelum-dan-selepas-merdeka

NAMA PENSYARAH          : PUAN NATRAH BINTI MAT NOOR
NAMA AHLI KUMPULAN : - ARFA DANISHBIN SAMAN (05DAD17F2007)
                                                 - MOHAMMAD RAHMAN BIN MUHAMMAD(05DAD17F2023)
                                                 - MUHAMMAD ZAILANI  BIN MIRU (05DAD17F2019)

Comments

Post a Comment